Apabila tajuk ini
dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan
penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT;
Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah
kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah :
Ayat 28)
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulullah
SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga
dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu
Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini
terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari
mati.
Ini adalah tanda pertama dari
Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti
daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa
yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari
mati
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini
akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi.
Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi
Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita
sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama
berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT
serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha
kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

0 komentar:
Posting Komentar